InsyaAllah, minggu ini (23 Julai
2011), MUBIN akan menganjurkan Seminar Usahawan Gen-2 khusus untuk
usahawan dan bakal usahawan muda.. juga kepada mereka yang baru
berjinak2 dengan dunia keusahawanan...
Program ini akan dijalankan di Hotel Flamingo, Ampang (Peta Flamingo) dari jam 2 Petang hingga 6.30 Petang.
Dalam seminar ini, InsyaAllah peserta akan bersama empat orang panelis berpengalaman dalam bidang mereka iaitu :
1) Dato' Aminudin Hassan, yang merupakan Naib Yang Dipertua
MUBIN, dan kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sakata Sdn
Bhd. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang pembinaan dan
pembangunan hartanah. Info lanjut mengenai beliau boleh dilihat di Laman Web Kumpulan Sakata InsyaAllah, pengalaman luas beliau boleh membuka minda para usahawan/bakal usahawan tentang dunia perniagaan.
2) Sdr Johari Maarof, yang ditugaskan mengetuai usaha pembangunan usahawan Gen-2, dan juga Pengarah, Consobiz Ventures Sdn Bhd.
Syarikat beliau kini bukan sahaja memasarkan produk di Malaysia tetapi
juga ke Indonesia, Thailand, India, New Zealand, dan beberapa negara
lain. InsyaAllah, beliau akan kongsikan dengan para usahawan/bakal usahawan Gen-2, pengalaman memulakan bisnes dan peluang-peluang bisnes yang boleh diterokai oleh mereka yang mahu memulakan bisnes.
3) Puan Laili Ismail, seorang usahawan wanita yang berjaya dalam bidang pendidikan. Beliau merupakan Pengarah Eksekutif di Sekolah Islam ADNI.
Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan apabila
terlibat dalam mengasaskan beberapa institusi pendidikan seperti Tadika
Amal, Integrated Islamic College (IIC) dan sekolah Islam Adni sendiri.
Sebagai salah seorang usahawan wanita yang berjaya, tentu banyak yang
boleh kita pelajari dari beliau.
4) Sdr Shahrom Latif, seorang usahawan Gen-2
yang mempunyai pengalaman bekerja di dalam industri perbankan, dan kini
mempunyai perniagaan syarikat sendiri, NFS & Associates Sdn Bhd
yang menawarkan khidmat dalam bidang kewangan. Melalui pengalaman beliau
dalam industri, insyaAllah akan dikongsikan dengan para peserta
mengenai peluang dana, geran, skim dan sebagainya terutamanya kepada
peserta yang mahu mendapatkan modal memulakan/mengembangkan perniagaan
BONUS kepada peserta juga, InsyaAllah penganjur mengusahakan kehadiran usahawan dari Indonesia dan Thailand ke seminar ini untuk berkongsi peluang niaga dan barangan yang boleh dijadikan produk kepada para usahawan/ bakal usahawan....
Kepada semua usahawan dan bakal usahawan di luar sana, jangan lepaskan peluang ini. Kita buka hanya kepada 100 penyertaan. Daftar sekarang di : bit.ly/usahawan-gen2