Wednesday, September 14, 2011

MEC532 Evaluation Schedule


 Evaluation Schedule- refer to evaluation criteria and marks allocation of each assessment.
  • Progress presentation (CO5)- own arrangement-4th week of November
  • Final presentation (CO5)- 28th December 2011(Wednesday)      
  • Product evaluation (CO3)- 29th December 2011 (Thursday)     
  • Submission of report (CO5)-30th December 2011(Friday)    

FYP1 Activities Calendar (KJM650 / MEC601 / MEM601)


Activity
Week
Date
Notes (Event Highlights)
Registration of
FYP 1 title with
Project supervisor
Week 1
Week 2
Week 3
Week 4
12 Sept 2011 until
07 Oct 2011
List of FYP titles will be made available at either:
i-Learn system or Level 9, FKM’s Notice Board or
T1 – A16 – 6C: Pn Noriah’s Notice Board or all of the above.
REMINDER !!!!!!!
(IMPORTANT DATE)
WEEK 4
07 Oct 2011
Last date of FYP1 Title’s Registration. Student who fails to register by this date will be automatically barred from taking this subject.
FYP1
Progress and update
Week 5
Week 6
Week 7
Week 8







10 Oct 2011
until
22 Dec 2011



Week 9
Mid-Semester and Eidul Adha Break
(1 week : 05 - 13  Nov 2011)*
Week 10
Week 11
Week 12
Week 13
Week 14

Week 15
Submission of log books & reports to supervisor (Deadline: 23 Dec 2011)

Study leave

Week 16
24 Dec 2011 until
01 Jan 2012

Revision Week (1 week)
Exam weeks
Week 17
Week 18
Week 19
02 Jan 2012
until
22 Jan 2012
Supervisors to submit student’s evaluation mark to FYP1 coordinator (Deadline: 09 Jan 2012)
Semester
holiday
Week 20
Week 21
Week 22
Week 23
Week 24
Week 25
25, 26, 27 Jan 2012
(Wed, Thurs, Fri)
FYP1 Presentation**
(Note: 23 & 24 Jan 2012 – CNY Holiday)

Sains Islam Dan Sains Barat


Ahd, 12 Jun 2011 07:48 Dr. Danial Zainal Abidin*

altIslam tidak pernah mengetepikan sains. Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah,"Systematized knowledge in any field, but applied usually to the organization of objectively verifiable sense experience." Ia bermaksud, "Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif."
Secara umumnya, sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang dihasilkan melalui cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan panca indera) serta fahaman yang lahir daripadanya. Ia juga boleh diertikan sebagai huraian secara sistematik tentang fenomena tabii atau alam semula jadi. Huraian secara sistematik melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah yang dapat diukur (quantitative). Jika diamati definisi-definisi ini, ia memang telah ditekankan oleh Islam berdasarkan dalil-dalil dan nas yang telah disebutkan sebelum ini.
Ilmu sains melahirkan teknologi. Teknologi (mengikut Merriam-Webster Dictionary, The American Heritage Dictionary of the English Language: Fourth Edition dan WordNet Dictionary), boleh didefinisikan sebagai, "Pengaplikasian atau penggunaan ilmu terutamanya ilmu sains secara praktikal dan digunakan terutamanya dalam bidang perdagangan dan industri untuk kemanfaatan manusia." Justeru, ilmu sains merupakan alat penting untuk membina teknologi namun ilmu sains bukanlah teknologi. Sebagai contoh, sains membicarakan tentang teori atom dan daripada itu lahirlah teknologi yang menghasilkan kuasa atom.
Keterbatasan Sains
Islam memberi kebebasan kepada para saintis untuk mengkaji, namun ia menyedari keterbatasan intelek yang dimiliki manusia. Justeru, sains Islam menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan yang tertinggi. Dalam erti kata yang lain, dalam Islam, wahyu mengatasi akal kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas sedangkan akal terbatas. Sains tidak boleh mengatasi wahyu. Apa-apa konklusi yang bercanggah dengan dasar-dasar wahyu dianggap sebagai konklusi sains yang salah dan apa-apa yang selari dengannya bolehlah diterima. Dalam hal ini Allah berfirman dalam surah al-Jathiyah ayat 20,
"Al-Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini."
Justeru, sains dalam Islam ialah sains yang berkonsepkan tauhid. Sains dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasulnya. Sains dalam Islam tunduk kepada al-Quran.
Di barat konsep yang merujukkan sains kepada Tuhan, wahyu dan kuasa ghaib dikenali sebagai creationism. Kadang kala ia dikenali juga sebagai intelligent design. Konsep-konsep ini ditolak oleh ramai saintis di barat. Sebagai contoh, para saintis daripada Akademi Sains Kebangsaan di Amerika (The U.S. National Academy of Sciences) menegaskan bahawa "sebarang kenyataan yang menetapkan bahawa asal usul kehidupan ini ada perkaitan dengan kuasa ghaib (supernatural intervention) tidak boleh diiktiraf sebagai sains." Hal ini dinyatakan dalam Science and Creationism: A View from the National Academy of Sciences, Second Edition, terbitan National Academy of Sciences tahun 1999.
Dalam kes Kitzmiller lawan Dover Area School District pada tahun 2005 (Case No. 04cv2688. December 20, 2005), sebuah mahkamah persekutuan di Amerika memutuskan mana-mana sekolah yang mengajar sains dan mengaitkan kejadian kehidupan dengan kuasa ghaib dan mengetepikan teori evolusi, ia dianggap telah melanggar perlembagaan Amerika.
Matlamat dan Metodologi Sains
Dalam Islam, sains mempunyai matlamatnya. Matlamat jangka pendek ialah mengenali hakikat kejadian alam serta manusia dan memanfaatkan ilmu itu untuk kebaikan semua. Sebagai contoh, melalui sains kita mengetahui bahawa seks kromosom lelaki menentukan kejantinaan seseorang bayi, kejadian bayi bermula dengan persenyawaan antara sperma lelaki dan ovum wanita, kejadian bumi berlaku selepas kejadian bintang-bintang di langit dan yang seumpamanya. Namun akhirnya yang menjadi keutamaan ialah matlamat jangka panjang iaitu mengagungkan dan membesarkan Allah. Hal ini terserlah dalam surah al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud,
"Kemudian Kami menjadikan benih nuthfah itu alaqah. Kemudian daripada alaqah Kami jadikan mudghah. Kemudian daripada mudghah Kami jadikan tulang dan Kami tutup tulang itu dengan daging. Kemudian Kami jadikannya makhluk berbentuk lain. Maha suci Allah, sebaik-baik Pencipta."
Perhatikanlah ayat ini dengan baik. Selepas Allah menceritakan fasa-fasa kejadian bayi (dan hal ini dapat disahkan oleh sains), Allah mengakhiri ayat itu dengan ungkapan, "Maha suci Allah, sebaik-baik Pencipta." Inilah matlamat asasi sains, iaitu untuk mengagungkan Allah.
Untuk mencapai matlamat ini metodologi yang digunakan perlulah betul. Sains berkonsepkan tauhid melahirkan metodologi atau pendekatan yang mengambil kira syariat. Kepatuhan kepada syariat tidak menghalang kreativiti dan inovasi kerana kebebasan untuk mengkaji telah pun diberikan Islam berdasarkan sabda nabi yang bermaksud, "Kamu lebih tahu tentang urusan duniamu." Yang dituntut ialah kepatuhan kepada prinsip-prinsip syariat yang akan mencantikkan sains. Sebagai contoh syariat mengutamakan nyawa manusia. Justeru kajian sains dan teknologi yang terhasil daripadanya tidak boleh digunakan untuk memusnahkan nyawa. Syariat juga melarang kemudaratan dilakukan berdasarkan sabda nabi yang bermaksud,
"Tidak boleh melakukan kemudaratan dan tidak boleh membalas dengan kemudaratan."Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Malik, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibn Majah.
Islam juga menekankan tentang akhlak. Antara akhlak yang wajib dihayati ialah sikap bertanggungjawab ataupun amanah. Amanah ini melibatkan individu, alam sekitar dan masyarakat secara amnya. Lihatlah apa yang berlaku pada hari ini apabila sains dan teknologi terbabas daripada nilai-nilai amanah dan agama. Sebagai contoh, bidang bioteknologi telah melahirkan satu konsep baru yang dikenali sebagai kejuruteraan genetik (genetic engineering). Teknologi ini mampu memindahkan bahan genetik yang bernama DNA dari satu spesies ke spesies yang lain. Walau bagaimanapun untuk berjaya, proses ini memerlukan bantuan virus tertentu agar DNA daripada spesies yang berbeza dapat mengenali antara satu sama lain. Penggunaan kuman-kuman virus ini akhirnya menyebabkan kelahiran pelbagai kuman serta penyakit baru yang mampu membunuh manusia. Mengikut Dr Mae-Wan Ho, pengarah Bioelectrodynamics Laboratory di Open University, United Kingdom, kejuruteraan genetik telah menyebabkan wabak kolera menyerang India pada tahun 1992, wabak kuman streptococcus di Tayside pada tahun 1993 dan wabak kuman E. Coli 157 di Scotland.
Justeru, kepatuhan kepada syariat adalah penting agar sains tidak terbabas daripada landasan kebenaran dan kesejahteraan.
* Dr.Danial Zainal Abidin merupakan seorang pengurus dan pengamal perubatan di klinik Syifa' Gelugor, Pulau Pinang. Beliau juga adalah pengarah urusan kepada Syarikat Danial Zainal Consultancy. Di samping itu beliau juga merupakan seorang pakar motivasi undangan di radio,penceramah dan penulis buku yang berkaitan Islam dan Sains.
Sumber artikel : www.danialzainalabidin.com
-Artikel iluvislam.com

Ukhwah Terjalin Kembali


Nurmaisarah, seorang perempuan yang mementingkan ukhwah. Dia lebih selesa digelar Adik. Adik bersahabat dengan Nurfatimah yang digelar Ukh, bermaksud ukhti atau kakak. Persahabatan mereka amat akrab sejak di bangku sekolah rendah lagi.
Kelmarin, Ukh dan Adik saling berbalas mesej. Mereka membicarakan soal persahabatan antara mereka dan kawan-kawan yang lain. Persahabatan yang kian luput dari ingatan.  Persahabatan yang dilanda ombak perbalahan satu ketika dahulu. Lautan persahabatan tidak setenang dulu. Masa berlalu tanpa henti, namun Adik tetap berpendirian tegas akan hal-hal sebegini.

Satu mesej telah menjamah telefon bimbit Ukh. Mesej dari Adik.
Sahabat, kadang kala aku pernah terfikir, "Ya Allah, Engkau mampu menjadikan tsunami. Engkau mampu menjadikan kejadian lain yang tidak tercapai dek akal kami, hamba-hamba-Mu yang kerdil. Engkau mampu melakukan semua hal. Engkau hebat, ya Rabb. Namun mengapa, satu permintaan kecilku untuk melihat ukhwah kami, pelajar-pelajar SKKGB batch 2010 terjalin kembali, tidak termakbul? Mengapa, ya Tuhanku? Aku sedar, imanku tidak seberapa untuk memohon kepada-Mu. Namun, apabila aku memikirkan kembali, aku sedar, setiap takdir yang tertulis ada hikmahnya. Mungkin Tuhan ingin melihat sejauh mana keegoan insan. Mungkin mereka akan sedar setelah melihat jenazah sahabat-sahabat mereka dengan bibir pucat membisu. Mungkin juga setelah melihat sahabat mereka kaku seribu batu. Kembali kepada sejarah sahabatku. Persahabatan bukan sejarah.
Ukh tersentak membaca mesej tersebut. Namun yang benar tetap benar, walaupun pahit untuk ditelan. Setiap patah kata itu adalah kebenaran yang terpaksa diterima. Lantas, Ukh membalas mesej tersebut.
Ya Allah, kami ingin melihat bunga-bunga ukhwah di SKKGB mekar kembali. Kami sedar, kekuasaan-Mu meliputi segala-galanya. Maka dengan rendah hati, kami memohon, Engkau perkenankanlah hajat kami. Engkau makbulkanlah doa kami untuk melihat ukhwah yang sekian lama terputus, terjalin kembali.  Amin Ya Rabbal A'alamin...
Kedua-dua sahabat ini berdoa kepada Allah S.W.T agar mereka dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang lain atas keredhaan Illahi. Pada malamnya, Ukh menghantar satu mesej kepada Adik.
'Bukanlah bermaksud saya putuskan ikatan persahabatan yang terjalin antara kami... Tidak!!! Haram untuk seorang muslim memutuskan silaturrahim dan menjauhi sahabatnya, sampai kiamat pun, dia tetap sahabat saya dunia dan akhirat.'  Sematkan kata-kata sebegini di dalam diri anda, harap maklum~hasil nukilan dalam iLuvIslam.
Adik tidak membalas.
Keesokan harinya, satu berita gembira menjamah kedua insan ini. Bermulanya perbicaraan melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).
Adik: Salam wbt. Ukh, ingin tahu sesuatu? Allah cintakan Adik.. Allah kirimkan Ukh untuk Adik. Allah tugaskan Ukh untuk hantar mesej tu... Mesej I luv Islam. Tika semalam, Adik hantar mesej tu kepada sahabat Adik, baru saja dihantar, sedangkan ia belum menerima report, Adik dapat mesej dari dia! Sungguh! Mesej tu hikmat. Ia mampu menyambung kembali ukhwah yang terputus. Syukur, alhamdulillah...
Kegembiraan tergambar di wajah Adik dan Ukh ketika itu. Rupa-rupanya tidak sia-sia Ukh membuka laman web iLuvIslam dan mengambil sepotong ayat dari tajuk cerita yang berjudul 'Kerana CINTA Aku Tinggalkan Cinta'. Alhamdulillah, dengan perasaan yang terharu Ukh membalas mesej tersebut.
Ukh: Wa'alaikummussalam wbt... Alhamdulillah. Syukur pada Allah Tuhan Sekalian Alam.
Adik: Kepiluan saat ini, menjanjikan seribu kebahagiaan kelak. Insya-Allah, semoga lebih ramai lagi yang berubah. Ketika itu, kita akan tersenyum ceria.
Ukh: Ya! Insya-Allah...
Adik: Amin Ya Rabb...
Bermula saat itu, hati berbunga, keriangan kebahagiaan, ukhwah berpanjangan.. Insya-Allah!