Tuesday, January 11, 2011

Konvensyen Pertama IKRAMHealth


Alhamdulillah Konvensyen sulung IKRAMHealth yang bertemakan "Halatuju Ke Hadapan" atau " The Way Forward" telah berlangsung dengan jayanya pada 8hb Januari 2011 bertempat di Institut Pengurusan Kesihatan Jalan Bangsar, Bangsar Kuala Lumpur. Seramai 106 peserta dari kalangan ahli IKRAM rumpun kesihatan dari seluruh Malaysia telah menghadiri Konvensyen tersebut.

Konvensyen IKRAMHealth ini telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden IKRAM, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom. Ceramah satu telah disampaikan oleh Prof Dr Abdul Rashid Abdul Rahman bertajuk "Dakwah Dalam Perkhidmatan Kesihatan".  Dr Abd Rahim Mohamad berkongsi pengalaman beliau yang luas dalam topik " Masa Depan Perkhidmatan Kesihatan". Forum yang bertema "Dakwah dalam Transformasi Perkhidmatan Kesihatan. Di mana dan Ke mana?"yang di kendalikan oleh Dr Norazizah Tahir menampilkan  3 ahli panel iaitu Dr Zainal Fitri Zakaria yang membicarakan topik  primary care, Dr Dinsuhaimi Sidek ,sudut academic & volunteerism, sementara Tn Hj Shaharom Md Shariff sebagai ahli panel ketiga membicarakan dari sudut private practice.
 
Manakala sebelah petang, 5 topik penting dibengkel dan dibentangkan:
1. Akademia-Dr Asmadi Yusof
2. Kkm/goverment-clinical- Dr Asma Abdullah
3. Private hospital & Administrative--Hj Shaharom Md Shariff
4. Allied Health&Primary care-goverment-Dr Ruziaton Hasim
5. Allied Health&primary care-private-Dr Hafizah Mustakim

Hasil bengkel yang telah dibentangkan akan menjadi asas kepada Exco IKRAMHealth dalam menentukan halatuju dan aktiviti IKRAMHealth. Presiden IKRAM, Dr Ahmad Parid telah menyampaikan amanat penting kepada semua peserta Konvensyen di sesi penutup. Pehak Sekretariat menngucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para tetamu jemputan,penceramah, ahli panel, para peserta dan semua ahli yang terlibat dalam menjayakan Konvensyen kali ini.

ditulis oleh: Hamisah Abdul Mubin, Sekretariat IKRAMHealth

No comments:

Post a Comment