Wednesday, July 20, 2011

23 Julai 2011 :: Jom lihat apa peluang niaga yang ada

InsyaAllah, minggu ini (23 Julai 2011), MUBIN akan menganjurkan Seminar Usahawan Gen-2 khusus untuk usahawan dan bakal usahawan muda.. juga kepada mereka yang baru berjinak2 dengan dunia keusahawanan...

Program ini akan dijalankan di Hotel Flamingo, Ampang (Peta Flamingo) dari jam 2 Petang hingga 6.30 Petang.

Dalam seminar ini, InsyaAllah peserta akan bersama empat orang panelis berpengalaman dalam bidang mereka iaitu :

1) Dato' Aminudin Hassan, yang merupakan Naib Yang Dipertua MUBIN, dan kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sakata Sdn Bhd. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang pembinaan dan pembangunan hartanah. Info lanjut mengenai beliau boleh dilihat di Laman Web Kumpulan Sakata InsyaAllah, pengalaman luas beliau boleh membuka minda para usahawan/bakal usahawan tentang dunia perniagaan.

2) Sdr Johari Maarof, yang ditugaskan mengetuai usaha pembangunan usahawan Gen-2, dan juga Pengarah, Consobiz Ventures Sdn Bhd. Syarikat beliau kini bukan sahaja memasarkan produk di Malaysia tetapi juga ke Indonesia, Thailand, India, New Zealand, dan beberapa negara lain. InsyaAllah, beliau akan kongsikan dengan para usahawan/bakal usahawan Gen-2, pengalaman memulakan bisnes dan peluang-peluang bisnes yang boleh diterokai oleh mereka yang mahu memulakan bisnes.

3) Puan Laili Ismail, seorang usahawan wanita yang berjaya dalam bidang pendidikan. Beliau merupakan Pengarah Eksekutif di Sekolah Islam ADNI. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan apabila terlibat dalam mengasaskan beberapa institusi pendidikan seperti Tadika Amal, Integrated Islamic College (IIC) dan sekolah Islam Adni sendiri. Sebagai salah seorang usahawan wanita yang berjaya, tentu banyak yang boleh kita pelajari dari beliau.

4) Sdr Shahrom Latif, seorang usahawan Gen-2 yang mempunyai pengalaman bekerja di dalam industri perbankan, dan kini mempunyai perniagaan syarikat sendiri, NFS & Associates Sdn Bhd yang menawarkan khidmat dalam bidang kewangan. Melalui pengalaman beliau dalam industri, insyaAllah akan dikongsikan dengan para peserta mengenai peluang dana, geran, skim dan sebagainya terutamanya kepada peserta yang mahu mendapatkan modal memulakan/mengembangkan perniagaan

BONUS kepada peserta juga, InsyaAllah penganjur mengusahakan kehadiran usahawan dari Indonesia dan Thailand ke seminar ini untuk berkongsi peluang niaga dan barangan yang boleh dijadikan produk kepada para usahawan/ bakal usahawan....

Kepada semua usahawan dan bakal usahawan di luar sana, jangan lepaskan peluang ini. Kita buka hanya kepada 100 penyertaan. Daftar sekarang di : bit.ly/usahawan-gen2