Monday, April 9, 2012

PROGRAM PEMBIAYAAN MYMASTER DAN MYPHD (MyBrain15) UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR SARJANA MUDA DAN SARJANA UiTM

Dalam usaha untuk meningkatkan jumlah graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) menjelang 2015, Kementerian Pengajian Tinggi telah melancarkan program baru di bawah MyBrain15 dengan peruntukan sebanyak RM2.68 bilion pada 1 Disember 2010. Sehubungan dengan itu, Institut Pengurusan Penyelidikan (RMI) akan menganjurkan Program Pembiayaan MyMaster dan MyPhD untuk pelajar tahun akhir program Sarjana Muda dan Sarjana UiTM bagi menyebarkan maklumat berkenaan peluang biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi melalui MyBrain 15 untuk peringkat Sarjana dan Kedoktoran secara penyelidikan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Program: PROGRAM PEMBIAYAAN MYMASTER DAN MYPHD - MyBrain15
Tarikh : 18 April 2012 (Rabu)
Tempat : Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC)
UiTM Shah Alam
Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

Program ini terbuka kepada semua pelajar tahun akhir Sarjana Muda (Ijazah) dan Sarjana (Master). Untuk maklumat lanjut hubungi talian 03-5543 7873/55442786 atau melayari laman web rasmi RMI di http://rmi.uitm.edu.my. Bersama ini disertakan aturcara program dan borang pengesahan kehadiran untuk makluman dan tindakan.

No comments:

Post a Comment